Jenis Dart





Aku mula membeli dart yang berharga RM 30 sahaja..Bila dah dapat skil sidikit demi sedikit barulah aku beli dart yang berharga RM100 dan ke atas. Bermula dengan bermaian dart berjenama entah apa, red dragon, winmau dan sekarang Data Dart..Macam2 lah jg aku cuba untuk kesesuaian dengan balingan aku..aku masih menggunakan dart Night Force 21g keluaran Data Dart..

Permainan Dart





Pada mulanya pengetahuan aku memang 0 . Semuanya aku tidak tahu. Tapi bila belajar dengan rakan setugas barulah aku mula faham sedikit demi sedikit. Aku mula dengan belajar peraturan yang biasa orang main..kemudian cara mengira untuk menamatkan permainan.

Aku mula bermain sukan dart pada tahun 2005.
Aku mula bermain untuk JMG NS/M ketika bertemu dengan Team RTM Negeri Sembilan. Ketika itu team aku dibelasah dengan teruk oleh Team RTM Negeri Sembilan. Lepas itu, banyak juga game2 yang aku sertai denagn team aku antaranya dengan JPS Negeri Sembilan, Penjara Seremban, JUPEM Negeri Sembilan, MD Jelebu, D'taza Seremban dan banyak lagi aku pn dah x ingat.

Kenangan manis aku pada 2007 bila aku terpilih mewakili JMG Malaysia dalam sukan NRE ke-2 dan telah menjuarai temasya buat pertama kali di bawah kementerian baru.. Sekarang ini aku memasang impian untuk mewakili MAKSAK
Negeri Sembilan di pentas yang lebih tinggi. Ramai para darters dari seluruh Negeri Sembilan akan mengambil bahagian merebut lapan tempat untuk diisi..

NILAI 3





Seronok tidak terhingga anak sulung aku ketika dapat membeli belah di Nilai 3.
Cari kain buat baju raya..sudah dua bulan lebih tidak berkunjung ke sana.
Saja bawa anak jalan-jalan..asyik terperap di rumah sahaja..