A Farmosa, Banda Hilir, Melaka



Pergi bercuti dengan family di sekitar Banda Hilir.

JMG NS/M


Di sinilah tempat aku bekerja sekarang, Jabatan Mineral & Geosains, hampir 6 tahun aku bertugas di sini

Bulan Madu Di Tanah Tinggi Cameron




Berbulan madu di Cameron Highlands pada 10 Mei 2009, hari pertama aku menginap di Hotel Titiwangsa, Berincang dan sempatlah berjalan-jalan di kawasan sekitar. Anakku lena sungguh nyenyak sekali kerana cuaca sejuk. Sempatlah beli apa-apa yang patut di pasar malam berdekatan hotel. Hari ke-2 aku menginap di Rumah Persekutuan dan sempat bergambar di sekitar Bharat Tea Farm. Semasa perjalanan pulang singgah sebentar air terjun Lata Iskandar. Ini adalah perjanjian aku untuk berbulan madu. Setelah 2 tahun 7 bulan barulah dilaksanakan.

Permata Hatiku






Tanggal 24 Disember 2008, telah lahir permata hatiku yang diberi nama RIFQOH AMNIYA BINTI SAIFUL AZWAN. Betapa seronoknya ketika ini, ketika mana aku sudah bergelar BABA & isteriku bergelar MAMA. Dilahirkan di hospital Yan, pada jam 2.30 pagi. Ketika blog ini ditulis anakku berusia 1 tahun 4 bulan. RIFQOH-nama isteri nabi Ishak/Kelembutan dan AMNIYA-Cita-citaku

Final Piala Malaysia 2008, di Bukit Jalil

Bersama dengan isteriku ketika Final Piala Malaysia antara Kedah dan Selangor di Bukit Jalil, isteriku sedang mengandungkan anak pertama 7 bulan, hujan turun dengan lebat sebelum perlawanan tapi semangat juga kuat untuk ke sana.

Walimatul Urs 10 & 11 Mac 2007



Tanggal 10 & 11 Mac 2007, Majlis Walimatul Urs telah diadakan di rumah isteriku Kg. Kuala Sungai Daun, Yan. (tema pakaian warna unggu). Pada ke esokkan harinya tibalah giliran rumah aku di Kg. Tengah Tualang, Pokok Sena. (tema pakaian warna hijau) warna kegemaranku.

HARI AKU DINIKAHKAN 28 DISEMBER 2006




  • Betapa berdebarnya aku ketika ini, hanya ALLAH saja yang tahu,saat2 menjadi suami orang
  • Saat yang paling bahagia dalam hidup bila dapat menyarungkan cincin ke tangan isteriku (Roslinda Binti Abu Yazid)
  • Bila bergambar bersama-sama,sah lah aku sudah menjadi suami kepada isteriku yang tercinta