Sukan NRE 2011 kali ke-4 (Penutupan)








Lepas saja tamat game dart, aku terus pulang ke hostel untuk kemaskan barang-barang. Lepas siap semuanya aku tunggu kawan-kawan yang lain pergi makan sekali dekat kedai sebelah UPM sementara menunggu upacara penutupan sukan.. Cuaca panas terik sungguh pada petangnya.
Sampai di vanue utama final bolasepak belum habis lagi..aku duduk saja di mana ada tempat teduh. Kebetulan pula tuan pengarah aku (JMG NS/M) duduk bersila di depan astaka, aku pun dah tidak ada pilihan duduklah bersila dengan dia sekali. Perkara yang buat aku paling terharu sekali bila pengurus dart aku suruh naik ambil hadiah nanti. ADUHHH....beberapa kali juga aku menolak..dia suruh juga. Terima ajalah..
Tamat saja final bola semua peserta buat perbarisan untuk penyampaian hadiah..panas tidak terkata hari ini..muka dan tangan nampak macam rentung saja..aku naik ambil hadiah sebagai pemenang dart tempat ke-2 mewakili pengurus pasukan. Hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Menteri NRE ( YB. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup)

JuMpA LaGi NRE KaLi kE-5.......... kalau lah terpilih lagi heheheheheeee...
aNjUrAN Jabatan Alam Sekitar pula........


Sukan NRE 2011 Kali Ke-4 (2nd Day Dart Game)



























Untuk hari yang ke-2 ini, pagi-pagi lagi aku sarapan dekat hostel UPM. Game bermula 8.30 pagi untuk peringkat semi final. Jam 7.45 lagi aku sudah tiba di tempat kejohanan untuk melakukan strok di board yang telah disediakan..Team aku (JMG Malaysia) akan bertemu dengan Team FRIM di semi final pertama board A dan Team JUPEM bertemu dengan Team JPSM di board B.


Dimulakan dengan acara foursum..team JMG menang 1-0 untuk mata semangat yang pertama. untuk single pertama pula team JMG kalah tipis 1-2. Giliran double 1st (campuran) pula mengambil tempat keadaan yang sama juga berlaku team JMG kalah tipis 1-2. keadaan ketika double 1st berlangsung amat fair..masing-masing mengejar scor yang tinggi dan setting rumah pun sama-sama tapi JMG dapat chek dulu untuk game yang pertama. Masuk set yang kedua puas pusing untuk chek rumah tapi xdapat. Aku dan rakan-rakan yang lain yang duduk dibahagian belakang sebagai penonton penuh gelisah dan berharap team JMG dapat chek. Set ke-2 ni FRIM dapat chek dulu. Dalam set penentuan keadaan yang sama berlaku di mana Team JMG dapat set rumah dulu. Sama seperti set yang kedua tadi puas juga pusing untuk chek tapi xdapat chek. Bukan saja pemain yang seram sejuk malah penonton dibelakang pun mendapat tempias yang sama. Kali ini Team FRIM dapat chek untuk kemenangan yang kedua mereka.


Dalam hati aku..SUDAH..bungkuih...sebab single ke-2 (wanita) memang tidak diberi harapan langsung untuk menang. Tapi bagi sokongan juga untuk dia main..mata demi mata dikutip dan untuk set yang pertama Team JMG dapat kemenangan dulu. Untuk set yang kedua pula team FRIM dapat chek. Dalam set penentuan scoring saling kejar mengejar dan masing dapat set rumah. Cheking pula out masing-masing tidak dapat chekout sehinggalah rumah madhouse. Kalaulah FRIM dapat chek tentu FRIM dapat ke final..susana yang amat mendebarkan...aku dah tidak sanggup melihat dari dekat kerana jantung berdegup kuat bila melihat set penentuan ini. Dalam dok perhati dari jauh tiba-tiba team JMG boleh chek dan semua orang naik ke pentas memberi ucapan tahniah kepada single Team JMG yang ke-2.


Tibalah giliran aku dan Azman untuk penentuan game yang last. Sebelum aku bermain Team JUPEM telah menghabiskan Game di board sebelah mengalahkan Team JPSM 3-0. Hati aku sudah rasa berdebar dan kegoyangan yang amat sangat kerana menjadi harapan pda team JMG. Tapi sebelum main aku sempat ambil sedikit ilmu dari orang kuat Malaysian Dart Faderation (MDF). Ternyata tidak sia-sia ilmu itu kerana setiap 3 balingan mesti singgah tripple 20 kadang-kadang dua sekali dan hampir-hampir melakukan 180(F). Bila tengok Team FRIM main kekiri kekanan dari target membuatkan aku terus yakin. Set pertama kami tinggal 100 lebih juga tapi lambat chek..debarnya hati tu xpayah cakap la...partner aku dapat chek dulu. Set yang kedua pula Team FRIM sudah main tidak menjadi. Scoring kami berdua ok la..masing-masing saling membantu. Aku hampir melakukan hights score 108 bila target aku menjadi 60/16//32. Bila nak chek 32 masuk pula 8 hampeh betul.. Kali ini, kami tinggal Team FRIM dekat-dakat 200 juga. Lepas itu memang hampeh semua puas pusing xlih chek hinggalah rumah madhouse sampailah Team FRIM dapat set rumah. Giliran aku yang kesekian kalinya untuk chek..2 dart pertama memang jauh dari target..untuk dart ketiga aku em...tul-tul dalam hati apa nak jadi jadilah..ALHAMDULILLAH aku dapat chek juga rumah Madhouse.


Rakan-rakan lain semua meluru naik atas pentas beri ucapan tahniah..FUHHH..taktau pa nak cakap la..lepas chek hanya bersyukur saja dapat di lafazkan..lepas itu terus pergi kencing dibilik air..memang tak tahan sangat. Team JMG menang juga akhirnya dengan Team FRIM kiraan 3-2 berjaya masuk ke final selepas pertama kali dulu tahu 2007. Rehat 30 minit untuk main di final pula.


Dalam final JMG vs JUPEM. Perlawanan ulangan kumpulan C heheheheee.. Aku disenaraikan dalam acara 4sum dan doube last. Untuk 4sum Team JMG telah berjaya mendapat satu matu berharga dengan kemenangan 1-0. Dalam hatiku ada harapan untuk menang ni..(gold medal). Giliran single pertama pula bemain. Dalam set pertama Team JMG dah dapat curi tapi dalam set kedua pula scoring dah cantik tapi puas juga pusing untuk chek rumah. JUPEM dapat juga curi set ini..set penentuan scoring saling kejar mengejar dan JUPEM dapat mendapat kemenangan dalam set ini 2-1. Giliran double pertama main pula..memang faith giler...lah tapi JMG kalah tipis juga 2-1. Single ke-2 ni memang sudah tiada harapan kerana lawannya dari orang MAKSAK Perak..seperti yang dijangkakan Team JMG kalah 2-0. Jadi berakhirlah perjuangan Team aku untuk berpuas hati ditempat yang kedua dan JUPEM dinobatkan sebagai juara untuk kali ini. Aku tidak dapat bermain dalam doule last kerana JUPEM sudah mendapat kemenangan mutlak 3-1.


Sukan NRE 2011 Kali Ke-4 (1st Day Dart Game)

i














Hari pertama dalam pertandingan ini team aku (JMG Malaysia) telah bertemu dengan team NRE..dalam perkiraan kami kena menang. Semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Aku main double ke-2 (anchor double). Partner aku dari Team Lembah Sayong Darters saudara Azman. Main dengan team NRE bolehlah dikatakan perjalanan yang mudah di mana kami menang 5-0. Permaianan aku agak xterurus juga kerana gementar yang amat kuat.

Game yang ke-2 dalam perkiraan kami kena menang juga untuk mengelak dari bertemu dengan juara bertahan Team JPS..semuanya tidak menjadi kalah 4-1 untuk 4sum,single lelaki, double campuran & single perempuan serta doule last menang. aku main dalam last double cu melengkapkan persaingan sahaja. Tapi pendirian aku main jangan main-main lawan tetap lawan. Last double menang juga akhirnya (2-1). Yang buat aku tambah keyakinan bila last chek aku BULL. Team JMG tempat kedua juga. Laluan selepas ini penuh dengan rajau berduri bertemu juara bertahan Team JPS pasukan terkuat dalam NRE. Lepas saja game sesi pagi semua rehat kerana game bersambung lebih kurang jam 2.30 ptg. Aku tidak makan petang kerana takut strok lari, lagi pun aku dah makan berat pada paginya.

Atas kertas sudah tiada harapan untuk menang, apa pun lawan tetap lawan. Di mulakan dengan 4sum (penulis tidak main) dumdam dumdam Team JPS set rumah dahulu sedangkan Team JMG masih lagi 200 lebih, entah apa yang tidak kena dengan Team JPS xboleh chek. Team JMG tiada pilihan sehingga last rumah tinggal BULL. Terpaksa try jugalah memang luck Team JMG menang game 4sum dengan BULL.Dah dapat 1 point penting. Masuk singgle pertama nasib tidak menyebelahi team JMG tewas 2-1. Giliran double 1st (campuran) hati berdebar-debar kerana perlu menang. Tuah menyebelahi Team JMG apabila menang 2-1. Hati ku dah mula berdebar kerana double memang akan jadi penentu sebab single kedua wanita macam xboleh makan ja..single wanita JPS memang hebat..sambil tengok depa main aku strok bagi luruskan tangan dulu. Seperti yang telah disangkakan 2nd single tewas 2-0.

Tamat saja game tu aku terus ambil tempat untuk biasakan dengan board. Betapa goyangnya aku hanya ALLAH saja yang tahu. Tapi kena cool..buat macam biasa. Double ini yang akan menjadi penentu ke semi final. Tengok Team JPS naik stage relek aja..bertambahlah goyang..bila game dah start strok pun xlari jauh dari triple 20 satu dart tetap masuk 60. Partner aku datang bisik "aku goyang la". Aku senyum saja..aku kata kita main ja. Tengok Team JPS ketengah ketepi strok dia..dalam hati aku "goyang juga mamat ni". Set pertama aku berjaya chek juga..masuk set kedua tengok Team JPS dah mula nampak kegoyangan dia. Aku bisik pada partner aku.."ni game kita depa dah goyang". Kami main macam biasa satu dart mesti masuk 60. Betapa seronoknya aku bila partner aku boleh chek..aku terus meluru kearah dia dan terus peluk. Team JMG menang 2-0. Secara agregat Team Dart JMG menang tipis 3-2.

Aku tidak perasan pula rakan-rakan lain pun turut naik stage meraikan kejayaan Team JMG. Rupanya ramai juga penonton dari team lain juga sedang menonton macam sedang main dalam final. Aku juga berterima kasih kepada rakan-rakan lain yang menyumbang mata untuk Team JMG. Tidak lupa juga rakan penyokong yang sedia menanti hingga akhir game dengan sokongan yang padu. Terasa macam baru lepas dari mulut singa..Team JMG Vs Team JPS sudah paling lewat sekali di Quater Final. Mana xnya semua team pilihan yang main di quater menang 3-0 tanpa ada tekanan. Team JMG ja yang mendapat tekanan yang kuat untuk ke semi final.

Lepas solat Asar ja aku terus pergi makan. Baru terasa perut aku betul-betul lapar. Singgah makan roti canai di kedai mamak dua biji habis. Jumpa pula sekali lagi dengan Team JPS makan ditempat yang sama. Sambil tersenyum aku ucapkan tahniah kerana memberi tentangan yang hebat. Tidak lama kemudian bekas pengurus dart untuk Team JMG-NRE 2007 pun sampai. Borak lama juga dengan dia dan aku pun dapatlah hadiah satu set dart dari dia..

Sukan NRE 2011 kali ke-4 ( Dart Training )











Selepas saja selesai pembukaan Sukan NRE 2011 aku dan rakan-rakan dari JMG NS/M menuju ke tempat di mana berlangsungnya acara dart. Puas juga pusing-pusing dalam UPM tu baru jumpa. Rupa-rupanya ada 4 lagi acara berlangsung di tempat yang sama. Acara-acara lain seperti catur, karom, dam aji dan congkak.

Apa lagi.....aku dan kawan yang lain terus buat strok di board yang sedia ada..saja ja buat kasi gempak sikit..wakil tuan rumah (JUPEM) yang set up tempat tu tengok ja kami wat strok. Cara strok pun dah macam star...heheheheee. Nak kata expert xla tapi lawan dulu laa..baru tahu. Tapi klu ikutkan memang kita kna wat strok bagi biasakan diri dengan board yang ada supaya xkekok pada hari game nanti.

JMG telah di undi dalam kumpulan C bersama dengan JUPEM & NRE. JMG NS/M mempunyai 4 wakil dalam acara ini iaitu penulis(Saiful ;the hammer), Norazman, Zulkifly & Nazalina. Bila dah rasa strok tu dah ok..apa lagi trus belah la...balik hostel rehat-rahat. Esok game akan bermula pada jam 8.30 pagi..