Percutian Di Johor Bharu & Pasir Gudang

























Percutian aku ke Johor sudah lama dirancang tapi belum sempat dilaksanakan. Alhamdulillah..lepas raya korban 2011 aku mengikut orang rumah berkursus di JB. Jadi dapat lah aku berjalan sama. Aku sama sekali tidak tahu selok belok jalan-jalan di JB dari mana ke mana cuma yang menjadi panduan papan tunjuk arah saja. Itu pun sesat entah mana-mana untuk ke tempat penginapan Selesa Hotel. Tapi bila dapat panduan dari seorang rakan aku anak jati JB aku sampai juga akhirnya.

Lepas solat Asar aku keluar berjalan di sekitar Bandar JB. Plaining pertama berjalan-jalan ke Danga Bay puas juga cari jalan berbelit-belit dekat 30 minit lebih baru lah aku dapat ke Danga Bay. Dapatlah bersiar-siar dengan family di kawasan sekitarnya. Dalam perjalanan pulang berhenti sekejap di pantai LIDO tengok pemandangan ke arah Singapura. Aku balik hotel ikut Bandar JB. Rupa-rupanya perjalanan aku hanyalah 15 minit saja..dekat saja.

Keesokkannya lepas solat Zohor aku bertolak balik tapi ke Pasir Gudang dulu bersiar-siar di sekitar Muzium Layang-layang di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang. Dalam perjalanan ke sana lagi sekali aku sesat entah ke mana-mana tapi akhirnya aku sampai juga ke destinasi yang di tuju. Anak-anak aku bermain sampai letih n gembira sungguh depa. Dalam perjalanan balik aku singgah di Pekan Air Hitam beli sedikit buah tangan untuk dibawa balik. Sampai di rumah saja semua terus melepek tido kerana letih sangat.