Flying Camp di Post Lanai, Kuala Medang

Perjalanan dari Seremban ke Kuala Medang mengambil masa lebih kurang 7 jam dengan henti-henti di banyak tempat. Ini kali pertama  aku menjejak kaki di tempat ini, almaklumlah ketika sampai pun sekitar 10.30 malam tidak nampak apa yang ada di kawasan sekeling. Hujan pun turun agak lebat ketika aku sampai di Enap Desa Kuala Medang. Aku lihat sudah ramai dari Team JMG yang lain sudah sampai dan barangan diagih-agihkan untuk aktiviti "Flying Camp".

JMG NSM diletakkan bersama JMG Kelantan untuk membuat tinjauan di kawasan Sg. Sua (anak sg. Telom). Perjalanan aku mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai di Post Lanai dengan menaiki bot panjang. Apa yang dapat aku perhatikan air sg. Telom begitu keruh sekali dan tercemar (aktiviti pembalakkan dan pertanian dari Cameron Highlands). Segala perhubungan dengan dunia luar pada saat ini telah pun terputus. Tujuan utama kami ke kawsan ini adalah menjalankan kajian Persampelan Geokimia terutama emas. Ini merupakan pengalaman pertama aku dalam tempoh 9 tahun bekerja membuat "Flying Camp" dalam hutan. Dari pengkalan Post Lanai berjalan kaki sejauh 2km lebih "dalam hutan" untuk base camp pertama.

1st base camp ular sawa sepanjang 2m telah menyambut kedatang kami. Perkara pertama yang paling penting air bersih. Air di sungai utama telah tercemar ( banyak kelodak - kemerahan ). Tapi untuk kegunaan mandi-manda inilah air yang digunakan hinggalah hari-hari berikutnya. Hari yang kesembilan Base Camp ke-2 aku diserang sakit batu karang, hanya ALLAH saja yang mengetahui keadaan pada masa itu. Berkali-kali aku aku nak buang air besar dan kecil tapi x dapat, mana dengan x boleh lena terlalu sakit ubat pun xda..aduuu...

Sampai saja kami di Base Camp ke-3 ada berita tidak menyenangkan telah disampaikan oleh Tok Batin. Ceritanya ada seorang staf dari Pasukan JMG telah meninggal. Ni yang buat hati tidak senang duduk dan tertanya-tanya, mana dengan hubungan terputus dengan dunia luar tapi kerja tetap dijalankan mengikut masa dan jadual. Hari terakhir kami berkemas untuk balik tunggu bot dalam masa 1 jam lebih juga. Bila bot sampai di jeti Post Lanai terasa xsabar-sabar nak balik rumah. Perjalanan bot mengambil masa 30 minit saja ke jeti kami bertolak pada mula dahulu. Dalam perjalanan sempat lh menyedut udara nyaman di sepanjang Sg. Telom. Bila saja ternampak jeti terasa merdeka dalam diri.

Berita sedih yang kami terima memang sah En. Razimi ( Timbalan Pengarah JMG Kelantan) telah pun kembali ke Rahmatullah ALFATIHAH. Alhamdulillah semua dalam team kami selamat dan aku pun pulang ke Seremban dengan membawa pengalaman yang xpernah aku rasai selama ini. Macam-macam pelajaran dan pengajaran yang aku dapat dalam aktiviti ini.