Sukan NRE 2013 ( Dart Campuran Berpasukan)

Temasya Sukan NRE ke-5 kali ini dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Tempatnya juga tidak berubah seperti dua tahun lepas ( Universiti Putra Malaysia) Serdang. Pembukaan temasya sukan NRE kali ini telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha NRE sendiri pada 13 September 2013.
Team dart JMG Malaysia akan memulakan game pada 14 September 2013. Mengikut jadual yang telah diberikan dua kumpulan telah di bentuk. Kumpulan A telah dianggotai oleh JMG, FRIM, JAS, JBK, PERHILITAN, JPS & NRE sendiri. Kumpulan B telah dianggotai oleh JUPEM , NAHRIM , JKPTG, JTLM, JPSM & INSTUN. Tahun 2011 JUPEM menjadi johan dan JMG Naib Johan telah diletakkan dalam kumpulan berasingan. Team JMG kali ini dianggotai oleh Safaruddin (Otai JMG), Noorazman, Zukifly, Azira, Saiful (Penulis), Nazalina, Nurul Huda, Khatijah dan dipimpin oleh En. Aminuddin di bantu oleh En. Hussin Nasir.
Jika dilihat dari jadual pertandingan kali ini amat pack dan padat. Kami tiba lokasi pertandingan jam 7.30 pagi. Dalam peringkat kumpulan kami melepasi satu persatu dengan cabaran yang sengit juga.  Berhadapan dengan jawatankuasa pertandingan yang kurang memuaskan tidak melemahkan semangat kami berjuang. Menunggu tempo masa yang amat panjang amat memenatkan juga. Penulis bermain dalam regu lelaki seperti dua tahun lepas. Rata-rata team JMG dapat memenangi game dengan kiraan 5-0. Game kami ke-2 terakhir menjadi perbincangan hangat JMG v/s PERHILITAN kerana ketika itu jam menunjukkan 1

2.30 pagi. Kedua-dua pasukan berbeza pendapat JMG minta ditangguh keesokan pagi dan PERHILITAN hendak meneruskan jadi pihak penganjur mengikut jadual asal. Walaupun keadaan yang tidak bermaya, letih mengantuk, semuanya ada terpaksa main juga lah. Game terakhir kami ditangguhkan juga keesok hari kerana jam sudah 1.30 pagi.
Pada 15 September 2013, jam 8.00 pagi bersambung semula game kumpulan. JMG v/s JPS itupun sudah dekat jam 10.00 pagi baru dapat dimulakan. Apapun Team JMG sudah layak ke semi final cuma tempat kedua persaingan agak sengit kerana 4 pasukan berkongsi mata yang sama. Team JMG layak secara merit kerana bermain tanpa kalah. Game semi final Team JMG bertemu dengan JPSM berlangsung penuh sengit. Semua game 4sum, 2 single dan 2 double berlangsung serentak. Tapi syukur kami dapat melangkah ke akhir dengan kemenangan tipis. Pertandingan akhir antara JMG v/s JUPEM berlangsung sekitar jam 2.30 pm( ulanagn final 2011) di mana majlis penutupan telahpun berlangsung.
Dalam game akhir Team JMG dapat mencuri 4 sum tapi kalah dalam single lelaki, double campuran dan single perempuan. Maka tersekat lagi hajat Team JMG untuk membalas dendam. Game pun berakhir dalam jam 4 pm. Kali pertama acara Dart menempuhi jadual yang amat padat dan pack serta panjang dalam sejarah pengajuran Temasya Sukan NRE. Banyak pelajaran dan pengajaran yang perlu ditimba untuk menjadi penganjur dalam sukan yang besar ini. Jumpa Lagi Di Temasya Sukan NRE 2015 (kalau terpilih lagi)- NAHRIM, PERHILITAN, NRE* Penganjur Bersama