SUKAN NRE 2015 (Dart Campuran Berpasukan)


       Sukan NRE 2015 telah berlangsung pada 9,10 & 11 Oktober 2015 di INSTUN, UPSI serta Kompleks Sukan PROTON, Tanjung Malim, Perak. Aku (penulis) telah dipilih mewakili Team Dart JMG Malaysia untuk kali ketiga berturut-turut dalam temasya sukan kali ini. Empat kumpulan telah diasingkan dan team aku telah diletakkan dalam group C bersama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar (NRE). Mengikut perkiraan, persaingan dalam kumpulan aku agak sengit juga. Dua jabatan teratas dari setiap kumpulan layak ke suku akhir. Dari pemerhatian penulis, tahap permainan kesemua pasukan bertanding telah meningkat berbanding dengan dua tahun sebelumnya. Pasukan yang diletakkan sebagai pilihan (seeded) tidak diberi laluan mudah dan dipaksa bekerja keras sebelum layak ke suku akhir. Masa pertandingan kali ini telah dilangsungkan pada waktu malam yang diterajui  oleh pihak INSTUN sendiri manakala UPSI Darters telah diamanahkan untuk menjaganya. Penulis juga telah diberitahu mesyuarat pada 8 Oktober  telah memberi kelonggaran kepada para pemain untuk memakai Jeans dan baju berkolar bulat. Agak mengejutkan juga lah kepada penulis kerana kebiasaan jeans dan baju berkolar bulat adalah dilarang sama sekali terutama dalam sektor kerajaan bagi acara dart.
       Pada 9 Oktober tibalah masanya giliran JMG Malaysia Darters bertarung pada jam 8.00 malam mengikut jadual. Agak menyedihkan team penulis (JMG Malaysia Darters) diarahkan untuk menyertai perbarisan yang berlangsung pada jam 3.00 - 6.30 petang. Amat meletihkan juga untuk penulis dan rakan mengharungi permainan dart pada malamnya. Namun dengan semangat yang ada dan diletakkan sebagai antara pasukan pilihan terpaksalah melupakan semua itu dan merealisasikan hasrat jabatan sebagai team podium. Pertandingan yang dijangka bermula pada jam 8.00 malam telah berlarutan kepada jam 9.15 malam disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan. Pasukan JMG Malaysia Darters telah dianggotai oleh Isynudin (Pengurus), Azira, Jefri, Azman, Zulkefly, Safarudin, Saiful Azwan (Penulis), Nazalina, Siti Rahmah & Khatijah. Format yang dipertandingkan ialah 4 sum (mesti ada seorang darters wanita), single lelaki, double campuran, single wanita dan double lelaki.
       Pasukan pertama yang ditemui ialah pasukan NRE. JMG Malaysia Darters telah melaluinya dengan mengikut perancangan yang telah dirancangkan dan telah memperolehi kemenangan 5-0 dimana penulis bermain dalam acara double lelaki. Permainan berlangsung dalam agak tenang tanpa tekanan dari pihak lawan. Agak mengejutkan penulis dimana kesemua CHALKER mengira menggunakan kalkulator. Mengikut kebiasaan penggunaan kalkulator biasanya tidak digunakan dalam kejohanan besar dan berprsetij seperti ini. Kesemua darters yang datang telah mengukir senyuman sinis mengenangkan keadaan sedemikian. Mungkin boleh diperbaikin pada masa akan datang. Permainan kedua JMG Malaysia Darters bertemu dengan pasukan seteru kumpulan iaitu JPSM Darters. Penulis telah diletakkan dalam acara seperti game sebelumnya. Pertarungan kali ini agak sengit dimana 4sum JMG telah menang 1-0, single lelaki kalah 1-2, double campuran menag 2-0, single wanita tewas 1-2 dan double lelaki telah menang 2-1 dalam pertarungan yang agak sengit dan mendebarkan. Keputusan akhir JMG Malaysia Darters menang tipis 3-2 yang membolehkan berada ditangga teratas kumpulan. Game kami tamat malam ini dalam jam 12.30 pagi. Namun begitu penulis dikhabarkan bahawa untuk game yang lain telah berakhir pada jam  4.00 pagi.
      
       10 Oktober 2015 pasukan JMG Malaysia Darters telah bertolak awal sedikit ke INSTUN. Setelah selesai makan petang dan solat kami terus bertolak ke vanue pertandingan. Pasukan yang akan di temui pada peringkat suku akhir pada hari ini ialah JPS Darters. Peluang dilihat sama rata 50-50 untuk layak ke peringkat semi final dan final. Game berlangsung agak sengit dimana 4sum JMG Malaysia Darters tewas 0-1, single lelaki telah mencapai kemenangan 2-0, double campuran juga mencapai kemenangan 2-1, manakala single wanita tewas 1-2. Macam biasalah penulis bermain di double lelaki terakhir, adooiii….presure yang amat sangat kerana menjadi regu penentu dan harapan jabatan. Pasukan JPS pun berada dalam situasi yang sama, namun begitu nasib menyebelahi JMG Malaysia Darters dengan kemenangan 2-0. Fuuuuuuuh…… lepas azab tekanan yang amat sangat. Akhirnya kemenangan tipis 3-2 dicapai ke atas pasukan JPS Darters. Pasukan yang akan ditemui diperingkat separuh akhir ialah JAS Darters, pasukan underdog yang telah mengejutkan pasukan pilihan. Di atas kertas macam boleh makan, tapi tetap berhati-hati juga 4sum JMG Malaysia Darters menang 1-0, single lelaki juga mencapai kemenangan 2-0 dan regu campuran terus menutup ruang JAS Darters dengan kemenangan 2-0. Lega penulis tidak perlu bersusah payah main seperti ketika bertemu dengan JPSM Darters & JPS Darters. Final kali ini bertemu lagi dengan seteru utama sejak 2 temasya yang lepas 2011 & 2013 pasukan JUPEM Darters. 4sum JMG Malaysia Darters tewas 0-1, single lelaki pun tewas 1-2, manakala double campuran menang 2-1, manakala single wanita tewas 2-0. Ini bermakana penulis tidak akan bermain dalam game seterusnya kerana JMG Malaysia Darters telah tewas 1-3 mengulangi pencapaian 2 temasya lepas. Adoooooii..macam mana lagi untuk mengatasi pasukan JUPEM Darters ni. Jam ditangan telah menunjukkan 3.30 pagi ketika tamatnya final ini. Namun begitu tempat ke-3 dan tempat ke-4 masih berlangsung. Keputusan akhir 

JOHAN - JUPEM Malaysia Darters,

NAIB JOHAN - JMG Malaysia Darters,

KETIGA – JAS Malaysia Darters,

 KEEMPAT – JPSM Malaysia Darters