Bengkel Pemetaan Geologi ini diadakan untuk menambahkan lagi ilmu yang sedia ada. Ianya dijalankan selama 6 hari beserta kerjalapangan. Banyaklah ilmu yang dapat diperolehi seperti cerapan batuan, jenis batuan dan lain-lain lagi...Pendek kata seronoklah bengkel kali ini
Mak & Ayah Aku / Mak & Ayah (Mertua) Aku
Posted in
My Parents Memory
Dicatat oleh
Saiful Azwan Kassim
on Khamis, 23 September 2010
di
9:17 PG
Saat ini dirakamkan ketika Mak & Ayah Mertua aku datang ke Seremban dalam bulan Mac 2010 (atas)....Mak & Ayah aku datang ke Seremban dalam bulan Oktober 2009 (bawah)....
Jenis Dart
Aku mula membeli dart yang berharga RM 30 sahaja..Bila dah dapat skil sidikit demi sedikit barulah aku beli dart yang berharga RM100 dan ke atas. Bermula dengan bermaian dart berjenama entah apa, red dragon, winmau dan sekarang Data Dart..Macam2 lah jg aku cuba untuk kesesuaian dengan balingan aku..aku masih menggunakan dart Night Force 21g keluaran Data Dart..
Permainan Dart
Pada mulanya pengetahuan aku memang 0 . Semuanya aku tidak tahu. Tapi bila belajar dengan rakan setugas barulah aku mula faham sedikit demi sedikit. Aku mula dengan belajar peraturan yang biasa orang main..kemudian cara mengira untuk menamatkan permainan.
Aku mula bermain sukan dart pada tahun 2005. Aku mula bermain untuk JMG NS/M ketika bertemu dengan Team RTM Negeri Sembilan. Ketika itu team aku dibelasah dengan teruk oleh Team RTM Negeri Sembilan. Lepas itu, banyak juga game2 yang aku sertai denagn team aku antaranya dengan JPS Negeri Sembilan, Penjara Seremban, JUPEM Negeri Sembilan, MD Jelebu, D'taza Seremban dan banyak lagi aku pn dah x ingat.
Kenangan manis aku pada 2007 bila aku terpilih mewakili JMG Malaysia dalam sukan NRE ke-2 dan telah menjuarai temasya buat pertama kali di bawah kementerian baru.. Sekarang ini aku memasang impian untuk mewakili MAKSAK Negeri Sembilan di pentas yang lebih tinggi. Ramai para darters dari seluruh Negeri Sembilan akan mengambil bahagian merebut lapan tempat untuk diisi..
NILAI 3
Seronok tidak terhingga anak sulung aku ketika dapat membeli belah di Nilai 3.
Cari kain buat baju raya..sudah dua bulan lebih tidak berkunjung ke sana.
Saja bawa anak jalan-jalan..asyik terperap di rumah sahaja..
HADIAH ADIK & MY BEST FRIEND
" Cantiknya hadiah adik...sapa bagi ni baba?"
Terima Kasih banyak-banyak kepada KESMiG JMG NS/M atas sumbangan ini dan juga kawan-kawan pejabat...
" Hi Puteri..!!!! apa khabar seronok la makcak main-main dengan puteri..bila lagi kita boleh main-main macam ni ek..."
Kenangan ketika anakku ke-2 masih lagi di hospital, ketika menunggu isteriku pulang..aku tumpang tido di rumah kakak aku di Taman Lelasari, Langgar, Kedah
DEMAM RINDUKAN BABA
Posted in
ketika isteriku berpantang di kampung mei 2010
Dicatat oleh
Saiful Azwan Kassim
di
10:52 PG
KASIH KAKAK
Ragam si kakak ketika mejaga adik..tertido, pujuk, main, wat x tahu ja..
Macam ragam karenah anakku yang sulung. Terkadang tu kena bagi perhatian dulu dekat dia.
Pujuk-pujuk sikit ok la..
Anakku yang kedua ni x kisah asalkan kenyang susu ok lah dia.
Tapi bila dapat main-main dengan depa semua.
Letih Pun Hilang
Fikiran Pun Tenang
Hidup Pun Senang
Seronok melayan macam-macam karenah anak-anak
"Anugerah Allah Yang Tidak Ternilai Harganya"
Letih Tunggu Adik
Posted in
11 Mei 2010,
Hospital Daerah Yan
Dicatat oleh
Saiful Azwan Kassim
on Khamis, 3 Jun 2010
di
9:54 PG
KELAHIRAN KE-2 PUTERA SULUNG KAMI
ALHAMDULILLAH...
SYUKUR...
Tanggal 10 mei 2010 lahir lah cahaya mataku yang ke 2, sehari selepas HARI JADI ISTERI ku yang ke 28 tahun. Aku namakan puteraku ini BADRI AYSAR BIN SAIFUL AZWAN. BADRI - Bulan Purnamaku & AYSAR - Yang Mudah / Yang Senang. Dilahirkan di hospital daerah YAN pada jam 10.40 malam. Berat putera ku kali ini ialah 3.2 kg
A Farmosa, Banda Hilir, Melaka
Posted in
Jalan-jalan Hujung Minggu
Dicatat oleh
Saiful Azwan Kassim
on Jumaat, 9 April 2010
di
7:42 PG
JMG NS/M
Bulan Madu Di Tanah Tinggi Cameron
Berbulan madu di Cameron Highlands pada 10 Mei 2009, hari pertama aku menginap di Hotel Titiwangsa, Berincang dan sempatlah berjalan-jalan di kawasan sekitar. Anakku lena sungguh nyenyak sekali kerana cuaca sejuk. Sempatlah beli apa-apa yang patut di pasar malam berdekatan hotel. Hari ke-2 aku menginap di Rumah Persekutuan dan sempat bergambar di sekitar Bharat Tea Farm. Semasa perjalanan pulang singgah sebentar air terjun Lata Iskandar. Ini adalah perjanjian aku untuk berbulan madu. Setelah 2 tahun 7 bulan barulah dilaksanakan.
Permata Hatiku
Tanggal 24 Disember 2008, telah lahir permata hatiku yang diberi nama RIFQOH AMNIYA BINTI SAIFUL AZWAN. Betapa seronoknya ketika ini, ketika mana aku sudah bergelar BABA & isteriku bergelar MAMA. Dilahirkan di hospital Yan, pada jam 2.30 pagi. Ketika blog ini ditulis anakku berusia 1 tahun 4 bulan. RIFQOH-nama isteri nabi Ishak/Kelembutan dan AMNIYA-Cita-citaku
Langgan:
Catatan (Atom)