Perjalanan
dari Seremban ke Kuala Medang mengambil masa lebih kurang 7 jam dengan
henti-henti di banyak tempat. Ini kali pertama aku menjejak kaki di
tempat ini, almaklumlah ketika sampai pun sekitar 10.30 malam tidak
nampak apa yang ada di kawasan sekeling. Hujan pun turun agak lebat
ketika aku sampai di Enap Desa Kuala Medang. Aku lihat sudah ramai dari
Team JMG yang lain sudah sampai dan barangan diagih-agihkan untuk
aktiviti "Flying Camp".
JMG
NSM diletakkan bersama JMG Kelantan untuk membuat tinjauan di kawasan
Sg. Sua (anak sg. Telom). Perjalanan aku mengambil masa lebih kurang 45
minit untuk sampai di Post Lanai dengan menaiki bot panjang. Apa yang
dapat aku perhatikan air sg. Telom begitu keruh sekali dan tercemar
(aktiviti pembalakkan dan pertanian dari Cameron Highlands). Segala
perhubungan dengan dunia luar pada saat ini telah pun terputus. Tujuan
utama kami ke kawsan ini adalah menjalankan kajian Persampelan Geokimia
terutama emas. Ini merupakan pengalaman pertama aku dalam tempoh 9 tahun
bekerja membuat "Flying Camp" dalam hutan. Dari pengkalan Post Lanai
berjalan kaki sejauh 2km lebih "dalam hutan" untuk base camp pertama.
1st
base camp ular sawa sepanjang 2m telah menyambut kedatang kami. Perkara
pertama yang paling penting air bersih. Air di sungai utama telah
tercemar ( banyak kelodak - kemerahan ). Tapi untuk kegunaan mandi-manda
inilah air yang digunakan hinggalah hari-hari berikutnya. Hari yang
kesembilan Base Camp ke-2 aku diserang sakit batu karang, hanya ALLAH
saja yang mengetahui keadaan pada masa itu. Berkali-kali aku aku nak
buang air besar dan kecil tapi x dapat, mana dengan x boleh lena terlalu
sakit ubat pun xda..aduuu...
Sampai
saja kami di Base Camp ke-3 ada berita tidak menyenangkan telah
disampaikan oleh Tok Batin. Ceritanya ada seorang staf dari Pasukan JMG
telah meninggal. Ni yang buat hati tidak senang duduk dan
tertanya-tanya, mana dengan hubungan terputus dengan dunia luar tapi
kerja tetap dijalankan mengikut masa dan jadual. Hari terakhir kami
berkemas untuk balik tunggu bot dalam masa 1 jam lebih juga. Bila bot
sampai di jeti Post Lanai terasa xsabar-sabar nak balik rumah.
Perjalanan bot mengambil masa 30 minit saja ke jeti kami bertolak pada
mula dahulu. Dalam perjalanan sempat lh menyedut udara nyaman di
sepanjang Sg. Telom. Bila saja ternampak jeti terasa merdeka dalam diri.
Berita sedih yang kami terima memang sah En. Razimi ( Timbalan Pengarah JMG Kelantan) telah pun kembali ke Rahmatullah ALFATIHAH.
Alhamdulillah semua dalam team kami selamat dan aku pun pulang ke
Seremban dengan membawa pengalaman yang xpernah aku rasai selama ini. Macam-macam pelajaran dan pengajaran yang aku dapat dalam aktiviti ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan