Upin dan Ipin (Space U8)




















Lepas berjalan2 di Zoo Negara kelmarin..aku bertolak dari Pandan Indah ( rumah abang ipar) ke Shah Alam pula ikut Duke. Hari ini jalan lengang sungguh x gaduh dengan sesak kereta2. Tujuan utama ke Shah Alam adalah untuk ke Space U8 Bukit Jelutung Shah Alam tapi tidak tahu di mana tempat 2..pakai cerodong ja lah. Nasib baiklah cerodong-cerodong pun sampai tanpa sesat.

Ada Karnival Upin & Ipin di sana sempena pembukaan pasaraya berkenaan. Seronaok sungguh anak2ku dapat tengok UPIN & IPIN dari dekat tapi yang peliknya bila suruk duduk dekat2 semua menangis ketakutan..Kiranya selesa jg lah shopping complex disini sesuai dengan aktiviti kekeluargaan. Tempatnya yang lapang dan angin masuk berderu2 ok lah..masih banyak kedai2 yang belum dibuka. Macam2 produk UPIN & IPIN dijual di sini. Bila dah semuanya letih terus balik Seremban lah..sampai dirumah semua terus melepek tido...

0 ulasan:

Catat Ulasan