Sukan NRE 2011 Kali Ke-4 (1st Day Dart Game)

i














Hari pertama dalam pertandingan ini team aku (JMG Malaysia) telah bertemu dengan team NRE..dalam perkiraan kami kena menang. Semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Aku main double ke-2 (anchor double). Partner aku dari Team Lembah Sayong Darters saudara Azman. Main dengan team NRE bolehlah dikatakan perjalanan yang mudah di mana kami menang 5-0. Permaianan aku agak xterurus juga kerana gementar yang amat kuat.

Game yang ke-2 dalam perkiraan kami kena menang juga untuk mengelak dari bertemu dengan juara bertahan Team JPS..semuanya tidak menjadi kalah 4-1 untuk 4sum,single lelaki, double campuran & single perempuan serta doule last menang. aku main dalam last double cu melengkapkan persaingan sahaja. Tapi pendirian aku main jangan main-main lawan tetap lawan. Last double menang juga akhirnya (2-1). Yang buat aku tambah keyakinan bila last chek aku BULL. Team JMG tempat kedua juga. Laluan selepas ini penuh dengan rajau berduri bertemu juara bertahan Team JPS pasukan terkuat dalam NRE. Lepas saja game sesi pagi semua rehat kerana game bersambung lebih kurang jam 2.30 ptg. Aku tidak makan petang kerana takut strok lari, lagi pun aku dah makan berat pada paginya.

Atas kertas sudah tiada harapan untuk menang, apa pun lawan tetap lawan. Di mulakan dengan 4sum (penulis tidak main) dumdam dumdam Team JPS set rumah dahulu sedangkan Team JMG masih lagi 200 lebih, entah apa yang tidak kena dengan Team JPS xboleh chek. Team JMG tiada pilihan sehingga last rumah tinggal BULL. Terpaksa try jugalah memang luck Team JMG menang game 4sum dengan BULL.Dah dapat 1 point penting. Masuk singgle pertama nasib tidak menyebelahi team JMG tewas 2-1. Giliran double 1st (campuran) hati berdebar-debar kerana perlu menang. Tuah menyebelahi Team JMG apabila menang 2-1. Hati ku dah mula berdebar kerana double memang akan jadi penentu sebab single kedua wanita macam xboleh makan ja..single wanita JPS memang hebat..sambil tengok depa main aku strok bagi luruskan tangan dulu. Seperti yang telah disangkakan 2nd single tewas 2-0.

Tamat saja game tu aku terus ambil tempat untuk biasakan dengan board. Betapa goyangnya aku hanya ALLAH saja yang tahu. Tapi kena cool..buat macam biasa. Double ini yang akan menjadi penentu ke semi final. Tengok Team JPS naik stage relek aja..bertambahlah goyang..bila game dah start strok pun xlari jauh dari triple 20 satu dart tetap masuk 60. Partner aku datang bisik "aku goyang la". Aku senyum saja..aku kata kita main ja. Tengok Team JPS ketengah ketepi strok dia..dalam hati aku "goyang juga mamat ni". Set pertama aku berjaya chek juga..masuk set kedua tengok Team JPS dah mula nampak kegoyangan dia. Aku bisik pada partner aku.."ni game kita depa dah goyang". Kami main macam biasa satu dart mesti masuk 60. Betapa seronoknya aku bila partner aku boleh chek..aku terus meluru kearah dia dan terus peluk. Team JMG menang 2-0. Secara agregat Team Dart JMG menang tipis 3-2.

Aku tidak perasan pula rakan-rakan lain pun turut naik stage meraikan kejayaan Team JMG. Rupanya ramai juga penonton dari team lain juga sedang menonton macam sedang main dalam final. Aku juga berterima kasih kepada rakan-rakan lain yang menyumbang mata untuk Team JMG. Tidak lupa juga rakan penyokong yang sedia menanti hingga akhir game dengan sokongan yang padu. Terasa macam baru lepas dari mulut singa..Team JMG Vs Team JPS sudah paling lewat sekali di Quater Final. Mana xnya semua team pilihan yang main di quater menang 3-0 tanpa ada tekanan. Team JMG ja yang mendapat tekanan yang kuat untuk ke semi final.

Lepas solat Asar ja aku terus pergi makan. Baru terasa perut aku betul-betul lapar. Singgah makan roti canai di kedai mamak dua biji habis. Jumpa pula sekali lagi dengan Team JPS makan ditempat yang sama. Sambil tersenyum aku ucapkan tahniah kerana memberi tentangan yang hebat. Tidak lama kemudian bekas pengurus dart untuk Team JMG-NRE 2007 pun sampai. Borak lama juga dengan dia dan aku pun dapatlah hadiah satu set dart dari dia..

0 ulasan:

Catat Ulasan