Sukan NRE 2011 Kali Ke-4 (2nd Day Dart Game)



























Untuk hari yang ke-2 ini, pagi-pagi lagi aku sarapan dekat hostel UPM. Game bermula 8.30 pagi untuk peringkat semi final. Jam 7.45 lagi aku sudah tiba di tempat kejohanan untuk melakukan strok di board yang telah disediakan..Team aku (JMG Malaysia) akan bertemu dengan Team FRIM di semi final pertama board A dan Team JUPEM bertemu dengan Team JPSM di board B.


Dimulakan dengan acara foursum..team JMG menang 1-0 untuk mata semangat yang pertama. untuk single pertama pula team JMG kalah tipis 1-2. Giliran double 1st (campuran) pula mengambil tempat keadaan yang sama juga berlaku team JMG kalah tipis 1-2. keadaan ketika double 1st berlangsung amat fair..masing-masing mengejar scor yang tinggi dan setting rumah pun sama-sama tapi JMG dapat chek dulu untuk game yang pertama. Masuk set yang kedua puas pusing untuk chek rumah tapi xdapat. Aku dan rakan-rakan yang lain yang duduk dibahagian belakang sebagai penonton penuh gelisah dan berharap team JMG dapat chek. Set ke-2 ni FRIM dapat chek dulu. Dalam set penentuan keadaan yang sama berlaku di mana Team JMG dapat set rumah dulu. Sama seperti set yang kedua tadi puas juga pusing untuk chek tapi xdapat chek. Bukan saja pemain yang seram sejuk malah penonton dibelakang pun mendapat tempias yang sama. Kali ini Team FRIM dapat chek untuk kemenangan yang kedua mereka.


Dalam hati aku..SUDAH..bungkuih...sebab single ke-2 (wanita) memang tidak diberi harapan langsung untuk menang. Tapi bagi sokongan juga untuk dia main..mata demi mata dikutip dan untuk set yang pertama Team JMG dapat kemenangan dulu. Untuk set yang kedua pula team FRIM dapat chek. Dalam set penentuan scoring saling kejar mengejar dan masing dapat set rumah. Cheking pula out masing-masing tidak dapat chekout sehinggalah rumah madhouse. Kalaulah FRIM dapat chek tentu FRIM dapat ke final..susana yang amat mendebarkan...aku dah tidak sanggup melihat dari dekat kerana jantung berdegup kuat bila melihat set penentuan ini. Dalam dok perhati dari jauh tiba-tiba team JMG boleh chek dan semua orang naik ke pentas memberi ucapan tahniah kepada single Team JMG yang ke-2.


Tibalah giliran aku dan Azman untuk penentuan game yang last. Sebelum aku bermain Team JUPEM telah menghabiskan Game di board sebelah mengalahkan Team JPSM 3-0. Hati aku sudah rasa berdebar dan kegoyangan yang amat sangat kerana menjadi harapan pda team JMG. Tapi sebelum main aku sempat ambil sedikit ilmu dari orang kuat Malaysian Dart Faderation (MDF). Ternyata tidak sia-sia ilmu itu kerana setiap 3 balingan mesti singgah tripple 20 kadang-kadang dua sekali dan hampir-hampir melakukan 180(F). Bila tengok Team FRIM main kekiri kekanan dari target membuatkan aku terus yakin. Set pertama kami tinggal 100 lebih juga tapi lambat chek..debarnya hati tu xpayah cakap la...partner aku dapat chek dulu. Set yang kedua pula Team FRIM sudah main tidak menjadi. Scoring kami berdua ok la..masing-masing saling membantu. Aku hampir melakukan hights score 108 bila target aku menjadi 60/16//32. Bila nak chek 32 masuk pula 8 hampeh betul.. Kali ini, kami tinggal Team FRIM dekat-dakat 200 juga. Lepas itu memang hampeh semua puas pusing xlih chek hinggalah rumah madhouse sampailah Team FRIM dapat set rumah. Giliran aku yang kesekian kalinya untuk chek..2 dart pertama memang jauh dari target..untuk dart ketiga aku em...tul-tul dalam hati apa nak jadi jadilah..ALHAMDULILLAH aku dapat chek juga rumah Madhouse.


Rakan-rakan lain semua meluru naik atas pentas beri ucapan tahniah..FUHHH..taktau pa nak cakap la..lepas chek hanya bersyukur saja dapat di lafazkan..lepas itu terus pergi kencing dibilik air..memang tak tahan sangat. Team JMG menang juga akhirnya dengan Team FRIM kiraan 3-2 berjaya masuk ke final selepas pertama kali dulu tahu 2007. Rehat 30 minit untuk main di final pula.


Dalam final JMG vs JUPEM. Perlawanan ulangan kumpulan C heheheheee.. Aku disenaraikan dalam acara 4sum dan doube last. Untuk 4sum Team JMG telah berjaya mendapat satu matu berharga dengan kemenangan 1-0. Dalam hatiku ada harapan untuk menang ni..(gold medal). Giliran single pertama pula bemain. Dalam set pertama Team JMG dah dapat curi tapi dalam set kedua pula scoring dah cantik tapi puas juga pusing untuk chek rumah. JUPEM dapat juga curi set ini..set penentuan scoring saling kejar mengejar dan JUPEM dapat mendapat kemenangan dalam set ini 2-1. Giliran double pertama main pula..memang faith giler...lah tapi JMG kalah tipis juga 2-1. Single ke-2 ni memang sudah tiada harapan kerana lawannya dari orang MAKSAK Perak..seperti yang dijangkakan Team JMG kalah 2-0. Jadi berakhirlah perjuangan Team aku untuk berpuas hati ditempat yang kedua dan JUPEM dinobatkan sebagai juara untuk kali ini. Aku tidak dapat bermain dalam doule last kerana JUPEM sudah mendapat kemenangan mutlak 3-1.


0 ulasan:

Catat Ulasan